TAK SUKANYA RAMBUT GUGUR SETIAP KALI SHAMPU

0
COM

Wanita bertudung lebih ramai mengalami isu rambut gugur.

Ini perkara normal ye, dan memang selalu sangat berlaku.




CARA ATASI DAN MERAWAT RAMBUT GUGUR

Kalau nak ikut petua orang dulu-dulu cara merawat rambut gugur adalah dengan menggunakan kayu manis, madu dan minyak zaitun, kita perlu campurkan kesemua bahan itu dengan kepekatan yang agak likat lepas tuh lumur pada rambut sehingga ke akar. Biar 15-20 minit dan bilas. Ulang sebanyak 3kali seminggu untuk hasil yang lebih berkesan.

Sebenarnya rambut gugur ni sebab apa?

Bila tau punca lebih mudah untuk kita rawat. Lagipun kecantikan luaran itu bermula dari kecantikan dalaman kan. Jom baca apa punca rambut gugur.

1. Perubahan hormon
Perubahan atau ketidakseimbangan hormon berikutan proses mengandung, melahirkan anak, pemberhentian pil perancangan atau permulaan menapos.

2. Keturunan
"like parent like child" ..Sekiranya ibubapa kita ada isu rambut gugur, kita juga ada risiko tinggi utk alami rambut gugur.

3. Tekanan atau Penyakit
Sebab tu takboleh stress. Sekiranya mempunyai masalah kulit kepala tidak sihat ia juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.

4. Pemakanan yang tidak sihat
Makanan yang di ambil terlampau banyak terdedah dengan makanan yang tidak sihat dan tinggi MSG.

5. Kekurangan Zat protein
Kekurangan sumber protein semulajadi serta beberapa vitamin seperti A,B,C, E dan Zinc juga adalah punca keguguran rambut. Sebab tu protein merupanya benda paling penting untuk badan kita bekerja.