TAK PERLU PAKAI MAKEUP PUN NAMPAK CANTIK JUGA

0
COM
Semua orang mahukan kulit yang cantik, mulus, bebas jerawat. Tak perlu pakai make up pun nampak cantik juga. Ciri-ciri yang dikatakan kulit wajah yang cantik ialah wajah yang gebu, elastik, tiada cela dan jerawat. Kini anda tak perlu lagi bersusah payah menyediakan ramuan tradisional untuk cantikkan kulit. Kalau anda ada banyak masa terluang boleh saja sediakannya. Kecantikan itu hak milik setiap individu. 



Dengan Shaklee Collagen Powder anda boleh mendapat kulit yang cantik, sihat dan menawan. Tak perlu lagi dah pakai make up 3 inci, duduk depan cermin hampir setengah jam. 

Emmm..menyediakan Shaklee Collagen Powder memang mudah dan HASILNYA berbaloi-baloi..menjimatkan masa anda di depan cermin dan juga menjimatkan wang kerana tak perlu lagi beli alatan make up yang pelbagai untuk cantikkan kulit. 

Shaklee Collagen Powder Sangat Istimewa Dan Berkesan 
  • Suplemen kolagen semulajadi paling hebat untuk kulit cantik yang mengandungi 4,00-mg proprietari RSS (Red SnapperScale) Collagen iaitu KOLAGEN BERKUALITI TINGGI DAN TULEN yang diekstrak daripada sisik ikan merah 
  • Sisik ikan merah merupakan sumber premium kolagen dengan kadar serapan kolagen yang paling tinggi dan skala pencemaran yang sangat sedikit berbanding kolagen binatang 
  • Kolagen Shaklee bermolekul sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton yang MUDAH DISERAP OLEH BADAN dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan kulit dengan BERKESAN dan menjadikan kulit cantik, muda dan anjal. 
  • Shaklee Colagen Powder MUDAH LARUT dan SEDAP dengan minuman kegemaran anda. Peknya mudah dibawa ke mana-mana sahaja. jadi sangat mudah untuk dapatkan kulit yang cantik.



Shaklee Collagen Powder Jadikan Kulit Lebih Cantik Dengan 7 Cara: 

1 . Anti-penuaan = Mengurangkan pori-pori, kedutan dan garis-garis halus pada wajah 

2. Melembapkan = Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan menggelupas 

3. Menganjalkan = Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan kulit 

4. Melicinkan = Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit 

5. Menyuburkan = Menggalakkan kuku yang sihat & kuat, rambut yang tebal dan bersinar 

6. Mencerah = Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit 

7. Menegang = Membantu menegang dan menganjalkan payudara


Jadi.... apa tunggu lagi. Lagipun bahan yang digunakan dalam makeup itu sendiri boleh mendedahkan kita dengan penggunaan bahan kimia. Tak elok untuk kulit kita sebenanrnya.


BENGKAK SUSU SAMPAI DEMAM, APA PERLU SAYA BUAT?

0
COM

Nama lain untuk bengkak susu adalah SALURAN SUSU TERSUMBAT.Saluran susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat.

Pembengkakan berlaku kerana penahanan susu dalam alveoli iaitu tempat susu disimpan. Alveoli akan mengembang hingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. Selain itu, ia akan menyebabkan pengumpulan darah dalam saluran darah pada payudara. Payudara akan terus membengkak, keras dan sakit. Pembengkakan tanpa rawatan akan menyebabkan rasa sakit kerana saluran tersumbat dan mastitis. 


Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:

  • Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra
  • Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
  • Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
  • Jangkitan yis
  • Stress
  • Tak cukup tidur
  • Salah cara lekapan bayi

Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.



Bagaimana caranya untuk mengatasi bengkak susu?

Step 1 :
Bersihkan niple dari sebarang punca tersumbat. Pastikan tiada liang/lubang susu yg tertutup. Kita boleh perhatikan mungkin ada sesuatu berwarna putih di liang susu. Gunakan kapas lembut untuk membersihkannya.

Step 2 :
Tuam breast dengan menggunakan towel yang membalut ais. Suhu sejuk diperlukan untuk membuka liang susu yang tersumbat.

Step 3 :
Urut secara perlahan breast terutama sekali jika anda perasan ada benjolan dimana-mana. Urut secara bulatan dan urut menghala ke arah niple sehingga susu terkeluar. Bila breast sudah agak lembut, boleh minta bayi anda menyusu atau gunakan breastpump utk mengeluarkan susu.

Step 4 :
Kemudian tuam breast dengan menggunakan towel panas. Suhu panas diperlukan untuk menggalakkan susu yang tersumbat itu keluar dengan lancar.

Step 5 :
Makan 4 biji Lecithin dan berehat...15minit kemudian ulang step 2 dan seterusnya ya.


InsyaAllah, doa banyak-banyak, tenang dan sabar. Nak beri yang terbaik kepada anak syurga kita memang banyak dugaannya. Diri kita kena kuat. Jangan cepat bersedih.


TIPS HANGAT DARI SAYA

Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehariuntuk membantu melegakan susu tersumbat.
Cara pengambilan Lecithin yang detail boleh dibaca dalam artikel “Lecithin Treatment for Recurrent Plugged Duct

  • KUATKAN IMUNISASI TUBUH
Untuk mengelakkan demam, tingkatkan imunisasi badan pengambilan supplement seperti Garlic, Nutriferon dan Performance Drink.


Sila berjumpa Doktor jika simptom bengkak masih tidak dapat diatasi. Doktor akan memberikan antibiotik yang sesuai kepada anda. 


Selain itu... LECITHIN juga membantu dalam menurunkan berat badan. 

Apa kata ibu anak 3 ini... lose 20kg selepas bersalin!






CARA MAKAN VITAMIN SHAKLEE MENGIKUT PAKAR NUTRISI SEBENAR

0
COM
Ramai juga yang keliru tentang cara makan vitamin Shaklee yang betul untuk mendapat hasil yang baik seperti yang diharapkan. Kalau bernasib baik dapat pengedar Shaklee yang prihatin, dia akan "guide". Nasib tak baik dapat pengedar yang lepas tangan hanya menjual semata-mata.

"Bila nak makan vitamin C ni?"
"B-Complex ni kena ambil lepas makan atau sebelum makan?"
"Boleh ke nak makan Alfalfa sebelum tido?"


Ha...inilah antara soalan soalan yang popular.
Masa awal-awal nak makan vitamin, pasti kita akan teragak-agak...bila nak makan itu, nak makan ini...minum ESP lagi... terutama yang beli set vitamin, rasa seperti banyak nya vitamin nak telan...tak kan nak telan semua sekali kan? kan? kan?

Jadi, bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam.
(Selepas makan malam) bagi memudahkan. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).

Tapi, tak semua ingat nak telan vitamin pada waktu malam...(termasuklah saya)...sebab contohnya, bila nak tidurkan anak, pasti saya akan tertidur sekali...dah terlepas makan vitamin.



Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.


APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.




Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.







JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

Bagi memudahkan panduan, kami mencadangkan waktu pengambilan vitamin dan supplemen Shaklee seperti berikut :


WaktuCadangan Pengambilan
Pagi B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi ESP
Tengah Hari Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang  ESP
Makan MalamLecithin/Kalsium/Vitamin E
SupplementCadangan Pengambilan
ZincSeminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
NutriferonSeminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shakeBoleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
AlfalfaAmbil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.

Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.


Mudahkan? Apa-apa pun, jadual pengambilan vitamin dan supplemen ini hanyalah panduan kepada anda semua namun kesesuaiannya masih bergantung kepada individu..


Selamat mencuba!!


MAKAN VITAMIN UNTUK ATASI MIGRAIN TAPI AKHIRNYA APA YANG DIA DAPAT?

0
COM
Alhamdulillah, pengguna produk Shaklee , hanya ingin di kenali sebagai Puan A, memang sangat berpuas hati dengan hasil vitamin Shaklee. Banyak juga set vitamin Shaklee yang puan A beli. Fokus utama beliau adalah untuk masalah MIGRAIN yang kerap sangat menyerang beliau, terpaksa ambil cuti sakit, dek kerana tak boleh bangun mahupun memandu ke tempat kerja. Sayang cuti katanya, asyik-asyik cuti sakit sebab migrain. Ada betulnya juga.

Jom kita baca apa kata Puan A. Beliau bermula dengan set kecantikan wajah kemudian diikuti dengan pengambilan Vitamin E dan ESP. Seterusnya beliau tambah order Vitalea dan BComplex pula.



Memang dah banyak juga perubahan yang Puan A rasa sejak-sejak makan vitamin ni. Antara yand beliau perasan sekarang adalah kepalanya kurang sakit apabila balik dari makan tengahari di luar. Perubahan suhu/cuasa panas ke sejuk secara drastik tidak lagi menyebabkan Puan A sakit kepala.

Lagi, kulit wajah suaminya semakin bersih kemerah-merahan dan nampak berseri sehingga ibunya pun menegur sedar akan perubahan tersebut. Untungla encik suami.

Jadi, untuk menjadi lebih sihat, cergas, bebas penyakit..jom makan suplemen! Dan jangan tersalah pilih suplemen tau, kena pilih yang semulajadi, selamat dan Halal sahaja!


credit: K3S


BERAT BADAN NAIK MENDADAK TANDA BADAN KITA BANYAK TOKSIN

0
COM
Ramai yang tidak sedar salah satu punca berat badan kita naik mendadak atau secara tiba-tiba, disebabkan oleh kandungan toksin dalam badan yang banyak!

Kita tak risau kerana kita tak nampak, ianya berada dalam saluran darah. Dari hari ke hari toksin akan di bawa ke bahagian organ dan merosakkannya.

Malah kita rasa tak perlu ke hospital walaupun badan yang banyak toksin ni sebenarnya mengganggu kerja harian kita. Serba tak kena!




Menurut satu artikel dari myMetro, masalah tubuh banyak toksin boleh diselesaikan melalui proses detoksifikasi. Detoksifikasi semulajadi biasanya dilakukan ketika proses buang air kecil dan buang air besar.

Ini kerana sistem perkumuhan inilah yang paling banyak terlibat dalam proses nyahtoksin semulajadi. Dan kebanyakan masalah toksin terkumpul adalah berpunca dari gaya pemakanan harian kita. Bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik serta racun perosak juga antara punca kemasukan toksin dalam badan

Tapi jika tubuh kita ada terlalu banyak toksin, proses ini mungkin tidak begitu efektif dan memerlukan cara lain untuk benar-benar beri kesan.



CARA TERBAIK BUANG TOKSIN DALAM BADAN

Cara paling mudah nak lakukan, tentulah dengan hanya menelan 2biji Herblax mengikut jadual yang sudah dinasihatkan. Dan juga jangan lupa ambil lebih 2liter air setiap hari.


Proses buang toksin memang memerlukan air yang banyak, supaya aliran darah dapat berjalan dengan lancar, sekaligus menjadikan proses buang toksin lancar sahaja.



BAGAIMANA VITAMIN C PERBAIKI TONA WARNA WAJAH KITA MENJADI LEBIH CANTIK TANPA SOLEKAN

0
COM

BOLEHKAH VITAMIN C PERBAIKI TONA WARNA WAJAH KITA.....???

Jawapannya BOLEH!!! 

Penyebab utama tona kulit wajah tidak sekata adalah disebabkan oleh MELANIN atau pigmen didalam kulit anda tidak ter'sebar' dengan rata. Ia berkemungkinan terjadi kerana parut jerawat, 'hyperpigmentation, dan pelbagai penyebab lagi.  

Punca utama kepada masalah kulit sebenarnya adalah RADIKAL BEBAS. Radikal bebas menyebabkan kerosakan tisu, dan terdedah kepada cahaya matahari, pelbagai pencemaran juga asap rokok jua adalah penyumbang pada kerosakan sel dan tisu tubuh badan kita. 

Semua punca ini akan membuatkan kulit hilang keanjalan, kendur, dan tidak berkemampuan untuk menggantikan sel kulit yg telah mati.



BAGAIMANA?

Vitamin C adalah sejenis ANTIOKSIDA yang akan meneutralkan RADIKAL BEBAS dan mengelak kulit kita daripada teroksida. Kulit yang teroksida dipanggil 'dead skin' akan kekal dilapisan teratas kulit dan menghalang penbentukan sel baru dan menyebabkan kulit kita kelihatan kusam, tidak rata dan tidak bermaya.

Maka pengambilan Vitamin C semulajadi dan bersifat sustained released adalah sangat digalakkan supaya tubuh sentiasa menerima bekalan vitamin C yang berpanjangan. Anda juga boleh menggunakan krim-krim luaran untuk membantu proses pembaharuan kulit secara perlahan.


JADI ADAKAH ANDA SUDAH MENDAPATKAN SATU BOTOL VITAMIN C SUSTAINED RELEASE SHAKLEE?

Jom dapatkannya sekarang!! 
Of course nak nampak lebih berseri sepanjang masa kan :)
Kita pun jadi lebih yakin dan confident!

credit to : KS3


PRODUK SHAKLEE UNTUK ATASI SEMBELIT YANG BERLARUTAN DAN SAKIT MENERAN

0
COM
Sembelit bukan penyakit tetapi ia adalah suatu masalah kesihatan. Apabila kita alami sembelit itu salah satu tanda badan kita tidak sihat sebenarnya. Golongan yang kerap menghadapi sembelit adalah : kanak-kanak. namun sembelit tidak mengira usia. Golongan dewasa juga sering menghidapi masalah sembelit.
Jangan biarkan sembelit anda berpanjangan , Jika tidak di atasi penyakit lain pula datang!


Okay... apabila kita jarang membuang air besar (bukan setiap hari), kita berkemungkinan akan menghidapi sembelit. Jarang membuang air besar akan menyebabkan najis keras dan sukar untuk dikeluarkan. Meneran semasa membuang air besar dan rasa tidak puas selepas membuang air besar adalah simptom kita menghidapi sembelit.


BAGAIMANA KITA BOLEH SEMBELIT .......????

PEMAKANAN TIDAK SEIMBANG : 
- Kurang pengambilan makanan serat tinggi seperti roti, kentang, brokoli, sayuran dan buah-buahan.
- Terlalu banyak makan makanan segera atau diproses.

PENGAMBILAN UBATAN DAN JAMU
- bahan yang terkandung tidak sesuai dengan badan kita.
- terlalu banyak atau melebihi dos.

KURANG MINUM AIR
- badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 2-3liter air sehari.

BERTANGGUH KE TANDAS
Sering bertangguh untuk ke tandas walaupun telah merasakan gesaan untuk membuang air besar. Bertangguh akan membuatkan anda tidak selesa dan mengakibatkan desakan untuk membuang air besar semakin berkurangan.



CARA ATASI SEMBELIT YANG BERLARUTAN DAN SAKIT MENERAN

  • Amalkan pemakanan seimbang, lebihkan serat dan air dalam menu harian. Tambahkan pengambilan makanan tambahan seperti kalsium, alfalfa untuk melancarkan proses detoksifikasi. Kalsium boleh membantu melembutkan najis, manakala Alfalfa pula membantu dalam pelawasan dan proses detoksifikasi.
  • Elakkan pengambilan ubat-ubatan dan jamu yang boleh mengakibatkan sembelit. Pilih pemakanan tambahan yang semulajadi yang tidak mempunyai kesan sampingan.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk merangsang usus yang sangat bagus untuk melancarkan proses pembuangan.
  • JANGAN BERTANGGUH! Segera ke tandas apabila merasakan desakan untuk membuang air besar. Jangan jadikan sibuk sebagai alasan untuk tidak ke tandas.



Namun jika anda sukar untuk melakukan aktiviti serta mengamalkan pemakanan yang betul kerana kekangan masa serta sibuk dengan urusan seharian, shaklee mempunyai supplement yang dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit iaitu OSTEMATRIX - kalsium magnesium