MAKANAN YANG SESUAI UNTUK IBU HAMIL


Perlukah saya ubah cara pemakanan kerana saya hamil?

Memandangkan anda kini sedang hamil, amat penting bagi anda makan secara sihat. Ini  memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandungan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.

Jika anda sedar bahawa cara pemakanan anda tidak begitu baik, inilah masanya untuk anda mula mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Hidangan harian anda mestilah merangkumi variasi makanan daripada empat kumpulan makanan berikut:

Buah-buahan dan sayur-sayuran: Anda boleh membelinya dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau sebagai jus. Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakan seharian anda.

Makanan berkanji: Ini termasuk nasi, roti, pasta dan kentang. Cubalah pilihan daripada bijian penuh.

Makanan yang kaya dengan protein: Ini termasuk daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Cuba sasarkan dua hidangan ikan seminggu termasuk ikan yang berminyak.

Produk tenusu: Ini termasuk susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium.


Perlukah saya ambil sebarang vitamin tambahan?

Vitamin dan mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien untuk anda dan bayi anda.

Anda disarankan mengambil 400mcg asid folic sehari .Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Tahap zat besi dalam badan anda akan diperiksa semasa hamil bagi memastikan ia cukup untuk pembesaran bayi. Kalsium juga penting dan anda kini memerlukan sebanyak dua kali ganda kandungan kalsium sehari berbanding sebelum ini.

Amalkan multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E.

INGAT!
Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat. Selain itu, jangan ambil vitamin dan mineral megados (megavitamin) kerana ini boleh membahayakan bayi.



CADANGAN SET SHAKLEE IBU HAMIL




Untuk konsultasi percuma dan info yang lebih details bolehlah hubungi saya iR Zamila Zahari di .....




No comments:

Post a Comment