KENAPA BERAT NAIK/TURUN LEPAS MAKAN VITAMIN

0
COM
Vitamin dan mineral tak sepatutnya menaikkan berat badan, kerana ia tidak mengandungi kalori, tapi kemungkinan penyebab berat badan naik lepas ambil vitamin ialah:

- Multivitamin yang mengandungi B Complex memberikan mood tenang dan mengawal stress. Bila tak stress, mungkin ia mendorong untuk makan dengan berselera.

- Mindset bila ambil vitamin rasa macam dah cover semua keperluan tubuh, jadi tak agak2 nak makan makanan rapu.

- Badan rasa lebih bertenaga, berbanding sebelumnya banyak tidur dan rehat, bila dah ambil vitamin, badan tak rasa lesu lagi. Jadi masa jaga yang lebih banyak mendorong untuk makan/minum lebih dari kebiasaannya.

- Pembakaran lemak menjadi lebih efisyen,dan hasilnya adalah karbon dioksida dan air.Air lebih berat dari lemak. Jd berat badan mungkin tak turun (atau bertambah naik!) tapi yang berat itu bukan lemak lagi

- Otot2 yang berkembang dek lemak yang dibakar. Otot lebih berat dari lemak.


Jadi jangan gelabah bila berat badan dirasakan bertambah/tak turun2 selepas ambil supplement. Anda mungkin mengalami perkara di atas


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

SET SHAKLEE UNTUK MASALAH BADAN BERASID

0
COM
(credit to : vitaminsemulajadi.com)

Badan berasid dapat dikesan dari 3 peringkat:

Peringkat awal : sedikit berasid.
Tanda-tanda :
Lendir dalam dada, sakit sendi, tangan & kaki menjadi sejuk, kehendak seks menurun, pedih ulu hati, kencing barbau keras, sakit otot, kelesuan, jerawat, sembelit, sakit kepala, PMS dan panic attack.
Sekiranya tiada tindakan untuk meneutralkan keasidan di peringat awal, maka tubuh akan masuk ke peringkat seterusnya.

Peringat kedua : lebih serius dan memberi kesan kepada kesihatan.
Tanda-tanda :
Badan menjadi bengkak, gegata, mati pucuk, migrain, jangkitan virus, ekzema, endometriosis, psoriasis, tekanan perasaan, insomnia, bronktis, jangkitan kulat, sinusitis, asma, alergi dan jangkitan bakteria.
Sekiranya keadaan di peringkat kedua tidak dirawat dengan baik, maka ia boleh membawa ke peringkat akhir akibat badan berasid.

Peringkat akhir : peringkat yang lebih teruk
Tanda-tanda:
Kanser, schizofernia, SLE, TB, artritis, multiple sclerosis.
Di peringkat ini, ia boleh mambawa maut dan perlukan rawatan yang bersesuaian.


Apakah penyebab badan berasid?

- Badan berasid disebabkan oleh pengambilan makanan yang bersifar asid. Makanan yang diproses antara makanan-makanan yang menyebabkan peningkatan asid dalam tubuh kita. Makanan lain yang menyebabkan asid ialah yang tinggi karbohidrat seperti nasi, makanan2 seperti daging, makanan laut, susu, keju dan hasil tenusu lain.

- Pengambilan makanan yang terdedah kepada pestisid juga menyumbang kepada peningkatan keasidan dalam tubuh, begitu juga ubat-ubatan seperti antibiotik.


Di bawah ini saya kongsikan carta makanan asid-alkali:

asid alkali carta makanan



Di bawah ini adalah carta interaksi makanan, yang mana kita boleh bandingkan bila kita makan pelbagai jenis makanan dalam satu masa:
makanan kesihatan



Apakah suplemen yang boleh membantu menyingkirkan asid dalam tubuh kita?



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

KENAPA BADAN SAYA LENGUH DAN KERAP PENING?

0
COM
Anggota badan lenguh... Kerap pening kepala... Rasa sesak nafas... Sakit dada... Hilang selera makan...

Ini adalah antara tanda-tanda badan kita berasid. Apa itu badan berasid? - iaitu tiada keseimbangan pH dalam tubuh kita. Homeostasis dalaman kita tak kekal - menyebabkan tubuh tak dapatkan jalankan tugas dengan efisyen. Bahaya tak? Bahaya sekiranya dibiarkan. Kerana final stage badan berasid ini akan membawa kita ke arah kanser dan boleh membawa maut!

Okay macamana / apa cara untuk atasi masalah badan berasid.
  1. Berhenti makan makanan berminyak serta-merta.
  2. Berhenti minum minuman bersoda/minuman keras - banyakkan minum air suam dan madu.
  3. Tidur yang cukup supaya dalaman kita dapat bekerja dgn baik utk seimbangkan pH
  4. Ambil makanan tambahan/vitamin utk seimbangkan pH - neutralkan pH antara alkali dan asid.


Cadangan saya mudah saja......



Tubuh yang lebih beralkali dipercayai dapat memperbaiki kesihatan dan mencegah kanser. Kanser tidak dapat ‘hidup’ dalam suasana beralkali; dan ia (kanser) membesar dengan begitu cepat dalam tubuh yang berasid!

Badan kita secara semulajadi menjadi semakin berasid apabila kita meningkat usia, menjadikan kita semakin terdedah kepada kanser. Walau bagaimana pun kita boleh mengubah cara hidup untuk menjaga tubuh kita agar sentiasa dalam situasi beralkali. 


Hentikan tabiat merokok dan makan makanan rapu yang menjadi faktor tubuh kita berasid.



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

KENAPA BADAN SAYA MUDAH LETIH?

0
COM
Credit gediq.com


1. Sensitiviti Elektrik

Terasa seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, pening dan penat boleh disebabkan kerana kamu di kelilingi alat-alat elektrik. Ada fakta menyatakan bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% terhadap populasi dunia. Sensitiviti elektrik mempengaruhi sistem semulajadi badan. Tanpa di sedari penyebabnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit di sisi katil,penggunaan pengering rambut melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan terlalu dekat dengan skrin komputer.

Cara mengatasi :

- badan letih akibat sensitiviti elektrik ialah gantikan digital kepada jam analog, guna monitor komputer jenis LCD, alihkan alat-alat tanpa wayar ke bilik berasingan.




2. Diabetes tanpa Sedar

Menurut pakar pemakanan, diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dalam darah yang tidak diperlukan oleh tubuh.  Simptom diabetes ialah kencing kerap dan cepat dahaga badan pula menjadi mudah letih dan lemah.

Cara mengatasi :

- masalah badan letih disebabkan Diabetes ialah cuba ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memastikan adakah anda berkebarangkalian mengidap diabetes, lakukan ujian darah untuk mengukur tahap gula dalam darah. Ketagihan memakan makanan yang manis dan berlemak sebelum kedatangan haid juga antara petanda kamu mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah.

Cadangan saya : makan ALFALFA 4biji sehari after lunch. 

  • Alfalfa membantu menurunkan kadar gula dalam tubuh kita,serta seimbangkan hormon. 
  • Bukan itu sahaja, Alfalfa juga mengawal berat badan kita dengan cara membuang toksik dalam tubuh dan menerutralkan asid dlm tubuh kita, buang angin dlm tubuh dan perbaiki proses penghadaman.
  •  Yg paling bagus, Alfalfa mengandungi zat keperluan harian.






3. Makan Tengahari

Makan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengahari tidak harus diambil terlalu berat kerana mendorong perasaan malas dan mengantuk.

Cara mengatasi :

- badan letih ialah makan tengahari bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk meneruskan aktiviti seterusnya. lebih baik mengambil makanan berat ketika bersarapan dan jangan sesekali meninggalkan sarapan anda. Elakkan lauk pauk yang berlemak dan berkolestrol.



4. Masalah Ginjal

Masalah ginjal boleh menyebabkan anemia (kurang darah merah) seterusnya membawa keletihan.

Cara mengatasi :

-  Elakkan pengambilan kafien dan alkohol dan banyakkan mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan,ikan dan rumpai laut.



5. Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12.

Kekurangan zat besi dan vitamin B12 boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sisitem darah iaitu membantu membawa oksigen ke serata badan. Manakala zat besi untuk penghasilan darah merah.
Tanda-tanda pengidap anemia ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah mengambil vitamin B12.

Cara mengatasi :
- masalah badan letih jika kekurangan zat ialah dengan mengambil vitamin tambahan seperti multivitamin dan sebagainya.


  Cadangan saya : makan B COMPLEX 1 biji sehari selepas breakfast.
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga







6. Cara Senaman

Senaman memang bagus untuk badan namun jika waktu yang dilakukan itu tidak kena boleh menyebabkan keletihan kerana kamu kurang tenaga dan kesan pada keesokan harinya.

Cara mengatasi :

- badan letih ialah dengan bersenam seperti berlari,berjalan atau aerobik diwaktu pagi dan pada malam hari boleh lakukan senaman seperti berjalan sekeling rumah atau yoga. Ini Dapat melegakan minda dan otot-otot. Jika kepenatan, lakukan sahaja senaman ringan sekitar 30 minit yang mampu meransang tenaga dalam badan.



7. Tekanan

Anda mengalami tekanan mungkin di sebabkan masasah-masalah seperti berikut iaitu kurang motivasi, tiada keinginan terhadap seks, dan juga mengalami turun naik berat badan yang tidak seimbang.
Cara mengatasi :
- Badan letih akibat tekanan boleh di pulihkan dengan berjumpa doktor pakar mengambil antidepressants, sesi terapi atau kedua-duanya. Cognitive behavior theraphy (CBT) boleh membantu mengubah cara pemikiran seseorang. Dengan membantu mengubah fokus otak melalui tabiat baru. CBT membantu kamu mengawal stress dan tekanan. Therapi ini selalunya dilakukan seminggu sekali selama 6 minggu.

Cadangan saya : makan B COMPLEX utk hilangkan stress dan juga minum 1 sudu ESP utk bagi tubuh kita protein yang cukup.

ESP SHAKLEE ni bagus utk mengembalikan tenaga...Protein adalah sumber tenaga utk tubuh kita. tak cukup protein,sedikit sebanyak mmg kita akan rasa lesu tak bermaya.






Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

PAYUDARA MENGGELEBEH DAN TIDAK TEGANG

0
COM
Ini sering di alami oleh wanita terutamanya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Kenapa?
Secara logiknya kita akan cakap ye lah sebab pernah menyusukan anak,lama2 gelebeh la. 

Tapi yang sebenarnya........???
Badan kita tak cukup protein dan perubahan hormon.

Apa kaitannya?
Protein adalah komponen utama dalam menghasilkan sel baru untuk tubuh kita. Sekiranya tubuh kita tak dapat cukup protein, sel yang dihasilkan tak sempurna, tak sihat. Itu yang jadi badan letih, no mood dan sebagainya.

Apa kaitan dengan payudara menggelebeh dan tak anjal?
Payudara menggelebeh dan tidak anjal disebabkan banyak perkara. Pertama kerana kekurangan hormon dan menyebabkan pertumbuhan terbantut. Faktor kedua disebabkan faktor seperti lepas melahirkan anak. Wanita yang melahirkan anak kebanyakannya berlakunya perubahan hormon dan kematian sel-sel kulit.

Sebab itu kita perlukan protein yang secukupnya untuk menghasilkan sel2 baru yang lebih sihat dan aktif. BArulah boleh tegangkan payudara, bagi lebih anjal dan seksi untuk encik suami tercinta kan :)

Saya mencadangkan, wanita yang menghadapi situasi payudara gelebeh dan tidak anjal ini untuk mengambil khasiat protein dari ESP SHAKLEE dan ALFALFA untuk membaikpulih kandungan hormon dalam tubuh kita.

Selepas sebulan amalkan bolehla tanya encik suami , pendapat dia kan....

INGAT! ini bukan sekadar protein untuk hasilakn sel baru sahaja tau, tapi vitamin alfalfa untuk meransang hormon kewanitaan kita. Harus cuba kalau nak bagi isteri yang terbaik untuk suami kita *18sx*

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

KEBAIKAN & KEBURUKAN ANTIBIOTIK : ANAK MASIH DEMAM

0
COM

source : http://malaysiakamu.blogspot.com/2008/04/kebaikan-keburukan-antibiotik.html
Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itudijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 – tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.
Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik di gunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic) . Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.
Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.
Sebagai contoh – Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii.. … :) )
Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?
1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.
2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. Sila lihat gambar.
3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan “candida”, sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.
Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring
Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.
Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan… ia akan berterusa n sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Kos Perubatan Meningkat
Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?
1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab…
- Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.
- Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
- Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. “Apalah ini doktor, tarak bagi antibiot ik, next time tarak mau datang sini lagi”. atau “ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik”. Hilang seorang pelanggan…
- Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.
2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.
“Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik”. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

CARA SAYA (WALAUPUN SAYA ADALAH DOKTOR)
Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.
Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.
Perlu diberitahu di sini… Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!
“Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok”.
Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.
Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.
Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama ku at juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria… Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!

CARA TANGANI MASALAH KULIT MUKA YANG SEMAKIN TERUK

0
COM
Masalah kulit muka yang semakin teruk seharusnya di atasi dengan segera. Semakin lama di biarkan semakin teruklah ia kerana sel2 mati dan tidak sihat "berleluasa" dan penuh dalam sel kulit muka kita.

Ini antara masalah kulit muka yang sering di alami oleh ramai orang, perempuan mahupun lelaki.

Cara untuk mengatasinya adalah dari dalam. Masalah ini berpunca daripada hormon dan sel2 kulit mati dan tidak sihat. Selagi sel2 negatif ini berada dalam kulit kita, bagaimana nak hasilkan sel baru yang lebih sihat?

Selain dari penjagaan luaran seperti pemakaian produk muka yang sesuai, melindungi kulit dari sinaran matahari dan jaga pemakanan.... ada cara yang sepatutnmya tidak dilupakan, iaitu PENGAMBILAN VITAMIN. Kulit kita memerlukan vitamin untuk kekal sihat.



Vitamin C - perlu utk pembentukan kolagen. Kolagen sebenarnya hanya ada dalam badan kita dan haiwan, bukannya dari rumpai laut. Pengambilan vitamin C yang cukup membantu membentuk kolagen yang lebih aktif sekaligus menghasilkan sel2 kulit yang lebih sihat.

Vitamin E - membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit. Tanpa vitamin E kulit kita amat mudah "mengumpul" bakteria yang akhirnya merosakkan sel2 kulit sekaligus terhasil lah sel2 kulit yg tidak sihat. Of course kita taknak semua tu.

Protein ESP- mengurangkan kesan hitam akibat kulit yang tidak rata, jerawat, jeragat atau parut. Semua orang tau protein adalah khasiat terbaik untuk menghaluskan kulit muka tau kulit badan. Selain itu, ia juga membantu memberi tenaga kepada kulit muka supaya kelihatan lebih bermaya dan berseri.



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!





VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK, BERSERI DAN HALUS

0
COM

Kebanyakan wanita terpaksa depends pada sesuatu produk makeup untuk nampak cantik berseri. Ada yang sanggup try and error sampailah jumpa the best dan serasi. Then dari situ sampai ke sudah duk pakai makeup brand tu. Walaupun mahal sanggup beli untuk nampak cantik di khalayak ramai.

Actually, seelok2nya kita kena jaga kulit dari dalam kan? Kata orang seri dari dalam lebih berkekalan dan lebih bagus… Lagipun luaran jer cantik, dalaman menggerutu dan banyak toksin pun tak best juga. 

Tu yang jadi kes kena depends pada product kecantikan sokmo! Taknak lah.
Saya nak cantik dalam dan cantik luar.
Kalau boleh bukan nak cantik kulit muka sahaja, tapi kulit badan pun saya nak cantik dan sihat macam model2 tu.

American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E , Vitamin C dan Vitamin B dalam bidang kecantikan kulit.

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit 
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu 
  • Menjaga kelembapan kulit 
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel 

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya 
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit 
  • Mencerahkan kulit 

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap 
  • Mencegah pigmentasi 
  • Melambatkan tanda penuaan 
  • Mengubati jerawat 

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  1. Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus 
  2. Mencegah penuaan 
  3. Menjadikan kulit lebih kenyal 
  4. Mencerahkan kulit 
  5. Menjaga kulit dari sinaran UV 
  6. Mengurangkan parut jerawat 
  7. Menjadikan wajah bersinar dan bermaya 
  8. Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan 
  9. Menjadikan wajah lebih berseri 


Sebagai tambahan, bukan itu saja. Kita juga akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana....vitamin E dan vitamin C adalah antioksidan untuk lawan radikal bebas dalam tubuh (yg kita dapat dari asap,cahaya matahari etc). B Complex pula bagi bantu dalam menukarkan makan yang dimakan kepada tenaga. So takdelah kusam jer kulit kita kan..


Natural beauty is the most beautiful :)



  Pengalaman saya sendiri...

" untuk pengetahuan gambar ini di ambil ketika saya berusia 27tahun. Sungguh tak tipu. Ramai kata nampak macam baru lepas spm. Amiin...awet muda la ye? Alhamdulillah berkat usaha saya nak sangat cantik, saya telan vitamin E, B dan C shaklee. To be honest , dengan anak 2tahun dan tengah sarat mengandung sekarang ni, memang keluar pun pakai bedak johnson2 and lipgloss jer."





Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

CARA TERBAIK ATASI MASALAH KEPUTIHAN KAUM WANITA

0
COM

Ada di antara kita yang sebenarnya mengalami masalah keputihan ...samada teruk atau tidak. Apa2 pun keputihan ni sememangnya buat kita tak selesa kan. Jadi apa cara terbaik untuk "stop" kan keputihan @ cara untuk kurangkan keputihan itu?


Berikut di antara beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:

* Jangkitan kulat. Ia mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal. Kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia.

* Jangkitan kuman trichomonas. Jenis ini berlaku cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal.

* Jangkitan bakteria vaginosis. Tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau.

* Penyakit yang menular melalui perhubungan seks. Biasanya berlaku cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah.

* Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan, tetapi tidak gatal. Biasanya disertai bau busuk.



Antara penyebab keputihan yang lain:
1. Vaginitis atropik – Ia timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen.

2. Ubat seperti antibiotic. Ubat yang mengandungi estrogen.

3. Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja/tidak sengaja berada di dalam vagina.


Antara perkara yang perlu diketahui:

1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita.

2. Jangan menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar.

3. Menjauhi tekanan yang berlebihan.

4. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil.

5. Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan.


6. Mengamalkan supplemen ALFALFA SHAKLEE - mengandungi khasiat dari pokok alfalfa yang mampu mengurangkan keputihan juga memberi kesegaran dan tenaga kepada tubuh kita.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

20 YANG BERUBAH SELEPAS KITA MEMPUNYAI ANAK

0
COM
20 PERKARA YANG AKAN BERUBAH SELEPAS KITA MEMPUNYAI ANAK!



Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?


Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.


1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

PANTANG LARANG SEMASA DALAM PANTANG SELEPAS BERSALIN

0
COM
** khas buat ibu2 yg sedang berpantang & buat mommy to be :)

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

*Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

*Harus Pakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

*Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

*Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

*Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

*Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

*Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

*Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

*Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

*Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

*Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

*Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.


*Cara Berbaring / Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalah digalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

SET MENYUSU SHAKLEE BANYAKKAN SUSU BADAN

0
COM
Kebanyakkan ibu salah faham... kerap kali berlaku...
" Saya nak beli set menyusu Shaklee. Susu saya kurang, kesian baby minum tak kenyang"

Ada juga yang beranggapan....
" Susu tak keluar walaupun dah pam. Set menyusu Shaklee bantu banyakkan susu kan?"

Dan hakikatnya.... Jawapan saya will be...
"Puan kena bertenang, minum banyak air, amalkan pumping schedule yang betul dan jaga pemakanan serta kesihatan. Ye betul Shaklee ada set penyusuan, set ini untuk memberi puan tenaga dan nutrient yang cukup. Kerana, apabila tubuh puan sihat dan cukup khasiat, production susu juga akan berjalan lancar dengan syarat puan mengamalkan konsep demand vs supply"


Dalam kes lain pula....panggilan telefon yang menarik :


Ibu2 menyusu harus faham dan tahu konsep penghasilan susu yang sebenar. Bagaimana nak banyakkan susu? Apa yang mempengaruhi penghasilan susu yang banyak? Apa yang buat susu merudun atau sikit?

KONSEP DEMAND VS SUPPLY
- dengan kata lain kalau tiada demand, tiadalah supply. Banyak demand, banyaklah supply.

Demand ni sebenarnya pengeluaran susu dari tubuh ibu...samada melalui direct breastfeed ataupun pumping. sama. asalkan susu keluar dan payudara ibu kosong.

Supply pula apabila payudara kosong, masa ni lah otot dan saraf bekerja untuk hasilkan susu baru yang lebih berkhasiat dari semasa ke semasa.

Jadi untuk tingkatkan supply, ibu2 wajib tingkatkan demand. 
Ada yang kata "tak pam sebab susu tak keluar". TAK MENGAPA. kita bukan pam nak suruh susu keluar serta-merta. kita pam sebab nak stimulate saraf dan otot (otak kita terima sebagai oh! ada demand!). walaupun pam angin, ibu wajib pam payudara. bila otak kata ada demand, saraf akan bertindak ok! ada demand jadi kita kena supply.

InsyaAllah dari pam angin, akan keluar susu dari payudara ibu2 sekalian.

Sila klik CARA YANG BETUL UTK BANYAKKAN SUSU BADAN untuk lebih kefahaman.

Dalam masa yang sama, ibu2 menyusu boleh mengamalkan pengambilan supplemen SET PENYUSUAN SHAKLEE sebagai langkah memperoleh tubuh yang sihat dan dapat menghasilkan susu yang baik, berkhasiat dan konsisten.

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

BERPANTANG SELEPAS CEASERIAN BUKAN SUSAH

0
COM
Sebenarnya bersalin ceaserian bukan lah sesuatu yang mengerikan. Tapi kalau awal2 lagi kita set mind kata "aku taknak bersalin ceaser, aku nak normal" haaa...tu yang jadi down dan rasa semuanya susah. Sebab tak redha namanya. Sepatutnya kita kena redha dan berserah. Ada sebab kenapa Allah SWT jadikan kita bersalin secara ceaserian.

Kat sini saya nak share pengalaman saya sendiri : bersalin ceaserian anak pertama kerana baby dah lemas, so kena cepat2 keluarkan baby saya.

of course doc akan bius kita, saya dulu doc bius separuh jer. 3kali inject kat tulang belakang. Sakit sikit tapi boleh tahan, takde lah sampai keluar air mata. Jadi sepanjang pembedahan berlaku saya memang sedar dan dengar semuanya lah. Ok je....takde apa yang nak di seriau kan.


KE TOILET SELEPAS DI BEDAH
Hari ke-2 doc akan suruh bangun, turun dari katil dan bersihkan diri. Masa 1st time nak buang air kecil rasa "berat", seolah2 ada benda besar dalam perut kita. Nak paksa keluar rasa takut, takut sakit, takut apa2 jadi.... sebenarnya, jangan takut. teran dan buang je. Sebenarnya itu adalah ketulan darah2 kotor dalam tubuh kita. Percayalah cakap saya, lepas ketulan darah tu keluar, kita rasa "sihat". Keluar toilet jalan tak bongkok. Lupa diri ni baru lepas operate.


Bermula sessi berpantang di rumah.......

Macamana saya uruskan aktiviti berpantang , time makan , time menyusu , time saya rehat dan tidur serta time untuk berurut.


PENJAGAAN LUKA JAHITAN -penting sangat ni tapi tak susah. 

  • 1stly, saya cadangkan ibu yang bersalin ceaser pakai grandma panties, yang besar tu size nenek2. Selesa dan tak kena tempat jahitan. Pakai maternity pad pun boleh, pakai normal pad pun boleh. Bahagian sulit kita tak terjejas so no worries ya.
  • Cuci alat sulit macam biasa kita period, supaya takde bau hanyir darah nifas.
  • Lepas mandi keringkan tempat jahitan tu guna hairdryer. Jangan guna towel atau tisu, takut bulu2 towel tu melekat celahan jahitan. Keringkan betul2 supaya tak bernanah.


PEMAKANAN - elak drpd makan benda yg gatal seperti seafood.


  • seminggu pertama....saya elak makan ayam. sebab takut gatal. Bermula hari ke-10 gitu baru saya start makan ayam.
  • kebanyakan menu pantang saya berunsurkan sup sayur, salad dan grill, dan wajib tabur blackpepper sikit. Ulam pegaga boleh dikatan everyday sebab bantu banyakkan susu kata orang.
  • saya amalkan set berpantang Shaklee. sebab saya tak suka jamu.

waktu makan : breakfast @ 8am , tea-break @ 10am , lunch @ 12.30pm , tea-break @ 3.30pm , dinner @ 7pm , tea-break @ 10pm ...before tidur saya layan air milo panas.

lauk pantang :
Simple dan Berkhasiat.



WAKTU UNTUK MENYUSU ANAK BERTUAH SAYA - setiap 2 jam 
  • bermula 6.30am , consistent saya akan susukan baby saya for every 2hours. 1st sbb nak elak jaundis, 2nd sebab nak dia cepat besar...okla kan. masa dalam pantang kalau baby tidur pun,saya akan kejutkan dia utk menyusu.
  • waktu malam saya akan menyusu bila baby terjaga. tapi saya tetap bangun every 2hours untuk pam. kalau tak pam jawabnya bengkak susu.
  • saya amalkan setiap kali lepas menyusu, saya akan pam dan kosongkan breast. baru tenang hidupku. hasil pam tu simpan lah sbg stok. 
  • dan kalau perasan, waktu menyusu adalah selepas waktu saya makan. so baby pun akan dapat fresh nutrient dari mommy. kita pun tak rasa penat sbb menyusu lepas makan.


WAKTU BEREHAT SAYA - selepas menyusu, rehat lah
  • ya, lepas menyusu of course baby akan lena kan. So masa tu lah saya rehat, tonton tv ataupun tidur. Dalam pantang kita kena banyakkan rest. Kata orang, masa baby tidur ibu tidur. Masa baby jaga ibu jaga.
  • Kiranya kita ikut time baby...percaya lah memang berkesan. tak penat dan tak mengantuk.
  • Ada yang komen saya tak penat sebab makan Shaklee yg saya makan tu. Saya boleh tidur ikut time baby dan tak stress sebab Shaklee. Kalau betul alhamdulillah....


WAKTU BERURUT & BERBENGKUNG - saya start hari ke-15 pantang
  • Walaupun start hari ke-15, tapi dari awal saya dah amalkan sapu minyak panas, pakai socks, ikat rambut dan bertungku dari kaki ke bawah. Bertungku ni minta husband tolong sbb kita susah nak buat sendiri.
  • Saya berurut 4x seminggu selama 2minggu. Saya pakai bengkung zigzag tu, tapi part perut tak ikat ketat la. Saya sebenarnya takut2 nak berbengkung, takut tempat jahitan lembap/sakit. 
  • Lepas 6bln baru saya amalkan pakai korset secara paksa diri.


Kesimpulannya di sini,
Tak susah kan..... bangun pagi, makan dan susukan baby. Bermula hari ke-15 lepas susukan baby sessi mengurut. Tengahari lepas lunch, susukan baby dan rest. time ni paling best tidur :) Lepas 2jam bangun lah, jangan tidur lama2 nanti sembab muka. Aktiviti petang selain susukan baby, adalah masa utk layan diri. Lepas makan malam, susukan baby, layan tv.... Malam harus bangun every 2hours utk kosongkan breast, samada menyusu/pam.

Dalam pantang kerja kita : makan - susukan baby - rehat. itu jer... seronok kan :)

Saya harap perkongsian saya ni dapat membantu ibu2 semua bersedia dan berpantang dengan cara mudah dan berkesan. Tak stress, tak penat dan tak sakit2 badan. Yang penting amalkan cara berpantang dengan betul. Makan apa yang betul, rehat dengan cara yang betul dan pengurusan masa yang baik, baru lah hidup kita tak haru-biru.......

SELAMAT BERPANTANG!


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

SET BERPANTANG SELEPAS CEASERIAN/NORMAL DELIVERY

0
COM
Untuk ibu yang bersalin secara ceaserian, jangan risau. Sebenarnya cara berpantang sama saja dengan ibu2 lain selepas bersalin. Bezanya, bersalin ceaserian ni kita kena more care pada tempat jahitan tu...harus sentiasa kering dan bersih! Saya guna hair dryer utk keringkan :)

Untuk set berpantang, disebabkan saya tak suka jamu... saya tak suka tepek2 bagai ni,rasa tak selesa dan rimas. Ye lah,kita nak menyusu anak lagi,so haruslah nak selesa kan. Lagi satu, saya kurang gemar bau jamu. Pernah bau jamu? bau rempahratus akar kayu semua tu la, bau tanah. Oh saya tak boleh.

Jadi saya prefer set berpantang yang mudah, of course saya nak yang murah, dan paling penting tak bagi kesan pada baby saya sebab saya nak fully breastfeed anak2 saya.

Saya pilih set berpantang Shaklee kerana :


set ni mudah, harga berpatutan dan NATURAL INGREDIENT. sama seperti jamu TAPI NO BAU, itu yang penting untuk saya :)
supplemen yang saya makan pulihkan dalaman saya secara baik, walaupun ceaserian tapi saya rasa sihat, segar dan susu badan saya banyak!
luka ceaserian saya elok jer, takde luka atau bernanah dan tak rasa ngilu sampai sekarang! anak saya dah 2tahun tau dan saya sedang pregnant 7bln. rezeki saya.
doc yang merawat saya komen : luka dalaman saya baik, dalaman nampak bersih. luka luar cantik, kesan pun tak berapa nampak dah.


Memang saya puashati dengan apa saya buat, apa saya makan dan apa saya amalkan!


SET BERPANTANG SHAKLEE mengandungi 4 jenis vitamin dan mineral :
  1. - B COMPLEX
  2. - VITA C
  3. - VITALEA
  4. - ZINC COMPLEX

  • B-COMPLEX :  sangat penting ketika dalam berpantang untuk mengembalikan kestabilan hormon badan kita. Juga untuk mengelakkan kemurungan, depress / stress, meroyan dan penat sebab tak cukup tidur.
  • VITAMIN C :  membantu memperbaik tisu-tisu sel yang rosak selepas bersalin, menyembuhkan luka dalaman, dan sangat penting untuk pembentukan kolagen.
  • VITA-LEA (IRON FORMULA) : mengandungi mineral dan nutrient yang diperlukan oleh badan kita untuk mengembalikan tenaga, juga dianggap sebagai pengganti khasiat makanan yang tidak diperolehi kerana kebanyakan makan perlu dielakkan (sebab makan berpantang kan). Iron pula untuk menambah quantity darah dalam badan kita selepas bersalin.
  • ZINC COMPLEX :  membantu menyembuhkan luka terutamanya luka dalaman (rahim). Ia juga membantu mengurangkan "kedinginan" selepas bersalin.



Habis pantang terus keluar makan jumpa kawan2 sekolah. Gathering of course taknak terlepas :)

Saya suggest sangat semua ibu amalkan set berpantang Shaklee , bersalin normal mahupun ceaserian, both boleh amalkan. Mudah, senang, tak leceh dan sangat baik untuk kesihatan dalaman kita.


Sebagai tambahan.....
Ibu2 berpantang boleh juga minum ESP, makan Alfalfa dan OmegaGuard. Especially ibu menyusu kerana semua ini elok untuk pembesaran dan perkembangan otak baby kita. Susu badan pun banyak dan pekat. Kalau pekat maksudnya berkhasiat kan :) 

Alhamdulillah rezeki anak bertuah saya. Tentu ada rezeki anak bertuah ibu2 di luar sana juga...saya yakin. Yang penting praktikkan demand vs supply supaya production susu badan kita consistent ya.



OH YA! PENTING NI..... Saya tak makan pati haruan atau sebarang pati. Betul, pati cepat sembuhkan luka, dengan cara mana? Pati buat lapisan baru atas luka jahitan kita. Macam perah kelapa utk dapatkan santan, pati kelapa tu kan tak tembus penapis, itulah lapisan baru.....Bila lapisan kulit kita jadi tebal, macam2 kesan sampingan akan berlaku. Dan pengalaman kawan saya yang ceaser kali kedua,katanya sakit dan doc pun bising.

Saya makan ikan haruan bakar..sedapppp.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!