SURAH AMALAN KETIKA HAMIL

Hari ni saya nak kongsikan surah-surah amalan yang elok diamalkan semasa hamil. Tetapi sebaik-baiknya cubalah khatamkan 1 al-Quran tu. Dan lebih baik sambil membaca kita baca sekali maksudnya supaya lebih melekat di hati. Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan untuk difahami dan diamalkan.  happy

Kerana saya juga mengamalkannya. Selama 9bulan pregnant biasakan baca 3-5mukasurat ayat Al-Quran, setiap kali selepas solat. Niatkan dalam hati kita supaya sentiasa dilindungi dan semuanya selamat. Lepas mengaji barulah tadah tangan dan berdoa kepada DIA Yang Maha Berkuasa. 

Sesungguhnya ini antara cara untuk kita memperoleh hati yang suci dan murni. Elok untuk bayi dalam kandungan juga!


Selain tu boleh amalkan doa di bawah
" Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Jom perbaiki diri supaya kita dapat lahirkan umat yang lebih baik dan menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. InsyaALLAH....

No comments:

Post a Comment