PETUA KESUBURAN : PERKARA PERLU DIELAK JIKA INGIN HAMIL

Bila kita rancang untuk hamil, bukan saja kita kena rajin mengamalkan selawat,zikir dan doa... bukan sahaja perlu tau apa ubat atau makanan yang perlu kita makan seperti dalam entry ni... TAPI kita kena tau juga apa perkara yang perlu dielakkan supaya badan kita kekal sihat dan bersedia untuk hamil.


1. KAFEIN
  • kurangkan atau pendek kata elakkan la daripada minum/ pengambilan kafein, kerana kadar pengambilan kafein yang tinggi boleh mengurang kesuburan wanita.
  • salah satu kajian mendapati pengambilan satu cawan kopi sehari boleh mengurangkan separuh kadar kesuburan.





2. DADAH / UBAT-UBATAN SINTETIK
  • ubatan sintetik seperti sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan.
  • Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik.
Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan merosakkan otak bayi.



3. NIKOTIN
  • Ramai dah sedia maklum kesan nikotin kepada bayi yang dikandung (seperti keguguran, kecacatan dan berat badan kurang semasa dilahirkan).
  • Tapi mungkin tak ramai sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil.




4. ALKOHOL
  • tidak boleh diambil sama sekali oleh Muslim kerana pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan.
  • Selain itu, ia mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. 





5. MANDIAN AIR PANAS
  • suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.





6. PEMBERSIH ALAT SULIT WANITA

  • cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan.






7. DIET
  • Elakkan mengawal diet secara ekstrem ketika cuba untuk hamil. Ia akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan.




 8. BERAT BADAN TIDAK IDEAL
  • Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif - kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi.
  • berat badan berlebihan (overweight) boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan.




9. PEMAKAIAN SELUAR DALAM YANG KETAT
  • Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi. Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.




10. TERLALU AKTIF BERSUKAN/AKTIVITI FIZIKAL
  • Ahli sukan wanita didapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid yang tidak normal. 
  • Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada.





Selamat mencuba ya.... dan semoga usaha kita diberkati oleh DIA Yang Maha Berkuasa dan beri peluang untuk kita sama-sama melahirkan zuriat yang cerdik pintar :)


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com






No comments:

Post a Comment