PETUA KESUBURAN : PERKARA PERLU DIELAK JIKA INGIN HAMIL

0
COM
Bila kita rancang untuk hamil, bukan saja kita kena rajin mengamalkan selawat,zikir dan doa... bukan sahaja perlu tau apa ubat atau makanan yang perlu kita makan seperti dalam entry ni... TAPI kita kena tau juga apa perkara yang perlu dielakkan supaya badan kita kekal sihat dan bersedia untuk hamil.


1. KAFEIN
  • kurangkan atau pendek kata elakkan la daripada minum/ pengambilan kafein, kerana kadar pengambilan kafein yang tinggi boleh mengurang kesuburan wanita.
  • salah satu kajian mendapati pengambilan satu cawan kopi sehari boleh mengurangkan separuh kadar kesuburan.





2. DADAH / UBAT-UBATAN SINTETIK
  • ubatan sintetik seperti sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan.
  • Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik.
Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan merosakkan otak bayi.



3. NIKOTIN
  • Ramai dah sedia maklum kesan nikotin kepada bayi yang dikandung (seperti keguguran, kecacatan dan berat badan kurang semasa dilahirkan).
  • Tapi mungkin tak ramai sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil.




4. ALKOHOL
  • tidak boleh diambil sama sekali oleh Muslim kerana pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan.
  • Selain itu, ia mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. 





5. MANDIAN AIR PANAS
  • suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.





6. PEMBERSIH ALAT SULIT WANITA

  • cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan.






7. DIET
  • Elakkan mengawal diet secara ekstrem ketika cuba untuk hamil. Ia akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan.




 8. BERAT BADAN TIDAK IDEAL
  • Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif - kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi.
  • berat badan berlebihan (overweight) boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan.




9. PEMAKAIAN SELUAR DALAM YANG KETAT
  • Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi. Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.




10. TERLALU AKTIF BERSUKAN/AKTIVITI FIZIKAL
  • Ahli sukan wanita didapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid yang tidak normal. 
  • Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada.





Selamat mencuba ya.... dan semoga usaha kita diberkati oleh DIA Yang Maha Berkuasa dan beri peluang untuk kita sama-sama melahirkan zuriat yang cerdik pintar :)


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com






MENU BERPANTANG SAYA BERSAMA ESP SHAKLEE

0
COM
Saja berkongsi apa menu pantang saya... Untuk pengetahuan saya bersalin melalui ceaserian. So pemakanan harus dijaga untuk elakkan gatal dan bernanah di kawasan jahitan.

Nasi putih panas + Sup lobak putih + Ikan haruan blackpepper bakar + Bawang putih bakar

Nasi putih tu nampak jer banyak tapi mak saya bagi sesenduk setengah katanya,pastu NO tambah-tambah dah. Then kita dalam pantang ni,kena la makan nasi panas. Lauk saya pula :
  1. Sup lobak putih, simple but nice and berkhasiat. Ala-ala menu diet juga kan. Jangan taktau lobak putih pun membantu banyakkan susu ya. Kalau nak lagi best,buat sebagai kerabu. sedapnya!
  2. Ikan haruan tabur blackpepper and garam sikit then bakar. Sedap juga. Takde pun bau hanyir macam yang dihebohkan. Saya prefer amek NATURAL INGREDIENTS, daripada minum pati haruan. Tau tak pati boleh menyebabkan lapisan perut dan jahitan kita tebal.
  3. Bawang putih bakar tu elok  untuk keluarkan segala angin dalam badan. Sampai sekarang saya amalkan. Boleh goreng tanpa minyak dalam kuali,senang kan.


Sebagai penutup........selepas setengah jam makan main course saya suka tutup dengan fruit juice. Baru rasa puas and kenyang.


Green apple juice + honey + ESP Shaklee

Senang jer ni, buat sendiri pun boleh. 
  1. Separuh buah apple hijau buang kulit + Air masak suam secawan + madu = blend 
  2. Tapis air tu tapi ni saya tak tapis, kerja nak mudah.
  3. Bubuh 1 sudu besar ESP Shaklee
  4. Minum time!


ESP Shaklee ni saya ambil sebab ia bagi saya tenaga, badan tak rasa lesu or penat, malah saya makin aktif sebuk nak melayan anak, semuanya saya nak buat sendiri sampaikan umi saya kata saya tak reti duduk diam. Selain tu, saya suka ESP ni kerana ia bantu banyakkan susu badan untuk anak bertuah saya minum. Memang terbukti banyakla... Klik sini untuk tengok kejayaan saya yang takkan dilupakan. Dan yang paling penting, kuatkan ketahanan badan kita. Yelah, taknakla sakit kan....kalau boleh nak sihat sokmo.


# Ini kisah April 2011...sekarang saya sedang pregnant anak no 2 pula. Tak lama lagi merasa lagilah makan lauk berpantang ni. Nanti saya share lagi ya apa lagi menu berpantang saya yang tak seberapa...




Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com

TERINGIN UNTUK HAMIL.. TAPI HORMON TAK STABIL

0
COM
Kalau kita lalui situasi ini, jangan sedih atau putus asa. Tuhan tak suka dengan hambanya yang cepat mengalah. Selagi mampu zahir dan batin, kita kena usaha. Don't stop!

Firstly, wajib pergi jumpa pakar check dulu ada fibroid atau cyst. Kalau ada kena buang dulu lah. Secondly, check kesuburan suami dan isteri. Both kena berikan kerjasama yang maximum. Bila comfirm hormon tak stabil, then kita usahakan pula untuk stabilkan hormon.

PUNCA / Perkara yang boleh membawa kepada masalah Hormon Tak Stabil ialah :
  1. Jenis pekerjaan atau cara kita bekerja boleh memberi kesan kepada pusingan ovulasi yang tak konsisten. Impak besarnya adalah haid yang tak teratur.
  2. Period cramp/ senggugut setiap kali datang bulan.
  3. Kegemukan melampau. Lemak tepu dan tebal itu boleh halang perjalanan darah kotor kita.
  4. Tekanan / stress yang melampau senhingga mengganggu emosi dan sistem peredaran darah.


KESAN daripada Hormon Tak Stabil ialah :
  1. Berat badan naik mendadak.
  2. Daya ingatan lemah.
  3. Kurang tenaga dan cepat letih.
  4. Kulit wajah cepat berkedut, hilang seri dan kusam.
  5. Rambut gugur dan tak bermaya.
  6. Mudah diserang penyakit.




Akhir sekali kita kena usaha, ambil langkah untuk stabilkan hormon....untuk dapatkan zuriat yang soleh dan solehah insyaAllah dengan izinNYA. Supplement Shaklee untuk kesuburan wanita adalah sebagai bantuan bukannya ubat atau magic potion yang boleh beri kita zuriat, tak semestinya makan ni mesti kena pregnant.. tak baik macamtu. Ingat, dengan izin DIA...

Apa yang kita perlukan adalah :

 1.  ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

  • baik untuk hormon - kerana ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • membekalkan tenaga -  Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun-baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
  • Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

2.   GLA COMPLEX
  • membantu melegakan PMS seperti senggugut.
  • meningkatkan lendir servir yang berkualiti untuk kesuburan.
  • bantu hamil : sebulan sekali wanita akan keluarkan cecair putih di waktu subur, cecair inilah yang membantu sperma untuk hidup dalam tiub folapio selama 5hari,  tapi tak semua cecair yang dihasilkan tu "subur dan bermutu".

3.   VITA-LEA
  • multivitamin yang mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan kita. Melengkapkan zat dan nutrient yang tidak cukup untuk memberi kita tenaga.
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Menguatkan tulang, meningkatkan kadar metabolisma badan dan melancarkan peredaran darah dalam badan kita.

# Set ini cukup untuk anda consume selama 3 bulan (seperti yang disarankan oleh Dr. Hamid Arshat iaitu setiap rawatan perlu 3bulan minima). ESP itu anda hanya perlu makan 1 sudu besar dibancuh bersama air minuman anda. GLA dan Vitalea adalah pil, anda boleh makan mengikut arahan.


Selain itu, kita juga haruslah mengamalkan exercise yang cukup dari segi rohani - selalu bersedekah, berselawat, berzikir, mendengar ayat suci Al-Quran dan membaca ilmu ilmiah supaya hati kita lebih tenang dan dijauhi perkara tak elok. Jangan lupa tunaikan solat sunat minta dari DIA Yang Maha Berkuasa. Tuhan kita tidak zalim. Ingat tu....

Kita berusaha, Tuhan yang menentukan.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, ingin tahu harga istimewa, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com








CARA DAPATKAN KULIT CANTIK DAN GEBU SECARA SEMULAJADI

0
COM
Kalau nak kulit cantik, kulit tegang, anjal, gebu, nampak berseri-seri haruslah kena jaga pemakanan. Ada orang tak boleh makan kacang, ada yang allergic pada habuk, dan macam-macam lagi... Kita macamana???
Perlu ingat! apa sahaja yang berkaitan dengan kulit kita, ia berkait rapat dengan kandungan zat dalam badan kita. 

Masalah kulit sekarang ni....muka berjerawat sebab kurangnya protein, parut tak hilang sebab kurangnya Vitamin C, kulit kering sebab kurangnya air, kulit berminyak sebab kurangnya Vitamin E, kulit lemah dan tak bermaya sebab kurangnya darah dalam badan kita kesan dari hormon kewanitaan, kulit kusam dan tidak berseri sebab kurangnya zat untuk menggantikan sel-sel lama kepada sel-sel baru yang lebih sihat. 

Kalau dibiarkan dan tak tidak dirawat macamana.....??? Cepat berlaku proses penuaan la jawabnya. Usia baru 35tahun tapi nampak macam 40-an. Lagi teruk usia sebenar muda remaja baru lepas spm, tapi orang ingat dah matang sangat macam anak 3. Nak ke macamtu....??? kalau taknak kita harus bertindak, buat apa yang perlu. 
  • Kita nak perbaiki struktur kulit. 
  • Kita nak kulit kita nampak lebih bersih, lebih sihat dan lebih bertenaga.
  • Kita nak muka kita nampak awet muda, nampak berseri-seri dan gebu.
  • Kita nak jadi seorang perempuan atau wanita yang cantik luar dan cantik dalam.



Shaklee Skincare Set ini mengandungi :
  • ENERGIZING SOY PROTEINProtein sangat membantu dalam penghasilan sel kulit yang baru. Penting  untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam itu.
  • VITA-E COMPLEXMelambatkan proses penuaan (kata nak awet muda), mengurangkan kesan parut dan jeragat serta mengawal penghasilan minyak di dalam liang kulit kita.
  • VITAMIN C : Membantu mengekalkan kekenyalan kulit melalui penghasilan kolagen. Memberi tenanga yang optimum kepada kulit supaya lebih tegang dan gebu.
  • B-COMPLEXMembaiki peredaran darah, menstabilkan hormon (terutamanya untuk yang kerap mengalami masalah jerawat) serta meratakan warna kulit. Menampakkan kulit lebih segar dan bermaya.

* Ini set kecantikan yang paling diminati terutamanya student-student universiti, mereka yang bekerjaya dan surirumah. Macam biasa la bila seorang beli, cuba dan berhasil, yang lain pun nak juga. Tambah-tambah lagi harga berpatutan, mereka mampu dan mereka mahu.

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com


CARA KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

7
COM
Ramai atau boleh dikatakan semua wanita risauuuu sangat perut jadi buncit lepas bersalin. Bukan setakat buncit jer, menggeleber dan berselulit. Betul tak? Akhirnya, low self-esteem..jadi tak confident especially bila tengok body oranglain cantik jer,pakai apa pun cantik. Body kita? Nampak perut buncit (sedih). 



Pengalaman saya sendiri :

April 2011 saya selamat bersalin baby girl.
" Saya bersalin ceaser, lepas bersalin perut saya macam orang pregnant 4bulan. Serious tak tipu. Still buncit. Sedih la juga,sampai satu tahap malas nak pikir and pasrah, lagipun ramai yang kata bila kita ceaser ni, perut memang susah nak turun..... Makcik-makcik pula cakap, perut mengembang selama 9bulan,janganla harap nak kempis macam anak dara dalam sekelip mata... Betul juga. Pasrah lagi.."

Bulan ke-4 lepas bersalin... Maknanya umur anak saya 4bulan masa tu...
" Saya bertekad nak beli korset dan WAJIB pakai. Saya beli dengan harga beribu. Agent tu kata sesuai untuk wanita yang bersalin ceaser. Akhirnya saya tak pakai sangat sebab susah nak breastfeed anak. Lagipun rasa senak perut dan saya tak selesa. Nak elak rasa menyesal saya paksa diri pakaila juga korset tu tapi ikut mood"

Bulan ke-6 lepas bersalin... Anak saya dah berusia 6bulan masa tu..
" Tergerak hati maybe i should go for supplement. Since dah consume produk Shaklee since pregnant, so saya try nasib untuk cuba slimming set pula. Berani nak try sebab pengalaman saya guna produk Shaklee before this semuanya okay, menjadi.. so kali ni memang totally tawakal, harap-harap lepas consume slimming set Shaklee ni perutku kempis la ya..."

Selepas 3 minggu saya consume Shaklee Slimming set
"Saya yang di tengah tu, mendukung anak saya yang berusia 6bulan. anak dengan mak sama-sama small size. hehehe.... Saya puas hati, saya rasa confident sebab pakai baju apa pun no problemo. Bila duduk perut tak payah nak cover-cover ke apa... Hidup saya pun jadi makin senang, continue breastfeed my daughter as usual, alhamdulillah kesabaran saya tak sia-sia... "





Sebagai wanita kita jangan sesekali give up especially sesuatu yang baik untuk diri kita. Kalau rasa nak, rasa mampu, rasa boleh dan yakin diri...just go for it. It won't harm you anyway...Tapi ingat! Supplemen ni hanya membantu saja - bukan ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit dan menggeleber dalam sekelip mata, TANPA kita melakukan usaha lain. Sila jangan malas ya :)


Shaklee Slimming set ni mengandungi :
  • HERB-LAX : Sebagai detox iaitu bersihkan usus (buang segala lemak,toxin dan lendir dalam usus dan perut). Ini penting  untuk buang apa anyg degil dan tepu dalam badan.
  • LECITHIN : Bantu memecahkan dan mencairkan lemak serta mengawal tahap kolesterol dalam badan kita.
  • CINCH : Air sebagai meal replacement, bukan untuk ganti main meal tapi untuk kita minum di waktu petang, membantu rasa kenyang serta untuk membantu mengekalkan otot semasa proses pembakaran lemak berlebihan.


Selain itu, kita harus berusaha lebih sikit kalau nak perut kempis. Antaranya :
  1. Teruskan penyusuan anak syurga kita. Susukan dia sekerap mungkin. Kalau susu kurang, consume la set penyusuan 3M shaklee. Kalau untuk kita, untuk anak syurga kita...layankan ajer.
  2. Kalau ada masa or agak-agak teringin tu, pergila spa dan sauna. Best wooo...dapat manjakan diri. Lepas kena massage kita bersauna pula, terbakar juga lah lemak tu.
  3. Disebabkan masih menyusu so of course kena jaga makan, nanti tak pasal-pasal anak syurga kita sakit perut or kembung perut pula. Kesian dia....
  4. Senaman ni macam-macam gaya ada. Mengemas rumah pun senaman juga asalkan jangan malas, duduk mengadap facebook jer. Kena buat aktiviti juga ya.
  5. Bila duduk dan berjalan, betulkan postur tubuh. Jangan amalkan bongkok, tak elok, lama-lama nanti pinggang pula sakit.


Penulisan saya ni based on pengalaman saya sendiri. Nanti nak tau pengalaman anda pula.

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com



ANAK JARANG SAKIT SELEPAS PENGAMBILAN SET SHAKLEE

0
COM
Ini bukan propa ya tapi ini adalah berdasarkan testimonial mereka yang telah mengamalkan apa yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Sekarang kerap sangat baca status kawan-kawan kita di facebook yang bercakap tentang anak sakit, anak demam, batuk dan selsema anak tak sembuh-sembuh. Ada yang mengeluh sebab risau, ada yang mengeluh sebab terpaksa MC demi menjaga anak.... Hakikatnya persekitaran sekarang tengokla macamana. Dah tak sebersih zaman tok nenek kita, pencemaran merata-rata. Pemakanan anak-anak kita sekarang tak macam dulu, hari-hari makan ulam dengan ubi kayu. Sekarang kalau malas masak angkat jer telefon, dial and delivery jer. Taktau makanan tu bersih atau tak. Betul tak? 

Semua parents mestilah nak yang terbaik untuk anak. Mana ada parents yang suka anak sakit. Tapi kalau dah sakit nak buat macamana.....

Sounds familiar.......??? Kita biasa dengar macamtu kan, kadang-kadang kita pun cakap macamtu. Memang betul pun kita as parents nak yang terbaik untuk anak-anak kita, tapi tak bolehla cakap kalau dah sakit nak buat macamana. Itu yang tak best tu.

Kalau dah anak kita kerap demam atau pun mudah sangat jatuh sakit , kita seharusnya mula bertindak, ambil langkah untuk mengatasi dari terus berlarutan. Sometimes kita leka dan ambil mudah apa yang anak kita makan. Ingatkan bila dah kenyang semua okay. Hakikatnya kenyang tak bermaksud zat yang diterima oleh anak-anak kita cukup. Buktinya? selalu demam, selsema,  batuk, mudah sakit. Tambah pula persekitaran yang tak elok sekarang ni.

Atas kesedaran inginkan yang terbaik untuk anak-anak syurga kita, ramai dah ibubapa yang mula sedar akan kepentingan supplement semulajadi untuk membantu melengkapkan zat yang anak-anak kita perlukan. Kita "beli" kesihatan anak-anak dulu...usaha sikit, belanja sikit untuk masa depan anak-anak syurga kita.  Jangan sesekali letak istilah pembaziran sekiranya ianya berkaitan dengan kesihatan anak.

Kita kena tau apa yang anak-anak syurga kita perlukan.


1. VITA-LEA FOR CHILDREN

Dalam iklan television penuh dengan highlights anak-anak perlukan KALSIUM yang cukup untuk :
  • membina struktur tulang dan menguatkan tulang
  • untuk membina sistem saraf
  • mengekalkan gigi dan gusi yang sihat.





2. CHEWABLE VITA-C

Anak-anak syurga kita perlukan vitamin C , terutama anak yang dijaga di taska atau rumah pengasuh yang mempunyai ramai kanak-kanak (di mana jangkitan mudah berlaku) . Vitamin C penting untuk ketahanan sistem imune badan mereka, termasuk lah :
  • pembentukan protein dalam badan
  • membantu penyembukan luka luaran mahupun dalaman
  • meningkatkan penyerapan zat besi


3. MEAL SHAKES

Mealshake adalah pemakanan lengkap, dari vitamin, mineral, protein dan ayat2 al-Quran. Ayat al-Quran? Ya, semasa bancuh Mealshake, kita baca lah apa2 ayat seperti ayat 1000 dinar ke, ayat surah Toha ke, etc :) maka jadilah ia satu hidangan lengkap yang penuh khasiat dan barokah.
  • mengembalikan selera makan anak-anak kita
  • mengelakkan anak dari terus di serang sembelit
  • bantu mengurangkan dan menyembuhkan dari kulit sensitive/eczema
  • sesuai untuk anak obese


4. OMEGA GUARD


Kita sedia maklum Omega-3 penting untuk jantung dan sendi. Anak-anak juga sangat memerlukannya kerana ia mengandungi DHA, EPA, ALA dan lain-lain untuk : 
  • perkembangan dan fungsi otak anak
  • memperbaiki masalah alahan seperti eczema dan asma
  • mengurangkan demam, broncitis, hepatitis



SO dah khatam tentang apa yang anak-anak syurga kita perlukan untuk terus membesar dengan sihat, cergas dan cerdas...insyaAllah, kita berusaha untuk beri yang terbaik , selebihnya kita doa dan tawakal semoga anak-anak syurga kita terus dilindungi dan dikurniakan kesihatan yang cemerlang.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ESP SHAKLEE

30
COM
Selalu dengar orang sebut ESP tapi tak sure sangat ESP tu apa? untuk apa? betul ke berkesan?

Okaylah...saya cuba terangkan seringkas yang mungkin ya.

ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN. Sebab utama ESP tersangatla popular dan produk yang paling laris ialah.......kerana ESP membekalkan sumber protein. Semua tau kan badan kita perlukan sumber protein. Dalam pemakanan seharian kita sumber protein ada dalam ikan, ayam, daging. Tapi kenapa everyday makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke? Haaa....untuk pengetahuan, ikan, ayam, daging tu kan kita masak dulu before makan. So bila dah masak, dah kena panas api, of course kandungan protein tu akan musnah dan yang tinggal.....tak cukup untuk badan kita yang kerja kadang-kadang more than 12 hours ni.

Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?
  • rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • punca ulser perut + ulser usus.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.


Kalau cukup protein pula?
Macamana tau badan kita cukup protein? Kemusykilan di situ. Jadi "always play safe" ambil ESP ini sebagai pelengkap. No harm at all.



KEBAIKAN :  ESP SHAKLEE
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.

  • Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.

  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!

  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.

KEBURUKAN : ESP SHAKLEE

Kesan negative nya berlaku bila kita beli tapi tak minum , tak amalkan, tak ikut arahan yang sepatutnya. Rugi nya...sedangkan mudah saja caranya. Bancuh 1 sudu besar dengan air kegemaran then siap untuk di minum. Bila semuanya tak, tak nampak hasil, kita jadi negative. Nak salahkan siapa...tak baik kan gitu.


So sekarang ni kita dah tau kebaikan ESP Shaklee dan untuk siapa. Kita dalam golongan yang mana ya? Kalau termasuk dalam golongan ingin mencuba....boleh saja.Tak memudaratkan pun.


SPECIAL VIDEO 
untuk wanita yang ALAMI SENGGUGUT TERUK NAK PATAH PINGGANG!





Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya 

VITAMIN SHAKLEE UNTUK IBU BERPANTANG / AFTER SURGERY

0
COM
Pengalaman saya sendiri..... 
" Saya bersalin secara ceaserian , anak pertama pada April 2011. Alhamdulillah, pengambilan Set Berpantang Shaklee banyak memudahkan tempoh berpantang saya. Bukan saja berasa sihat dan cergas tapi pada hari ke-45 saya sudah boleh keluar berjalan sambil "carry" my daughter. Di samping itu, susu badan saya juga banyak, mungkin kerana tenaga yang saya ada dan emosi yang stabil (tiada kemurungan).Syukur rezeki buat anak bertuah saya. To be honest, tempoh berpantang saya sangat baik dan tiada masalah walaupun ceaserian delivery."
photo description : Jalan-jalan with my daughter and my mum, have to carry my daughter on my own sebab encik suami takde,sudah pulang ke perantauan mencari rezeki...so independent you all. Rasa bangga sebab saya mampu lalui semuanya dan masih ceria walaupun baru day 45 selepas bersalin.


SET BERPANTANG SHAKLEE sebenarnya sesuai untuk yang bersalin secara normal mahupun ceasarian. Ianya ekskusif dan mudah untuk kita makan, untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran terutama kita yang berpantang sendiri dan menyusukan anak.


Kelebihan SET BERPANTANG SHAKLEE ini adalah :

(1) membekalkan mineral yang diperlukan oleh badan untuk memulihkan sistem dalaman dan peranakan kita.

(2) memberi cukup khasiat dan nutrient untuk mengembalikan tenaga zahir dan batin selepas proses bersalin.

(3) Bagi ceaserian ; menyembuhkan luka pembedahan dan membantu mempercepatkan baikpulih luka jahitan.




  • B-COMPLEX :  sangat penting ketika dalam berpantang untuk mengembalikan kestabilan hormon badan kita. Juga untuk mengelakkan kemurungan, depress / stress, meroyan dan penat sebab tak cukup tidur.
  • VITAMIN C :  membantu memperbaik tisu-tisu sel yang rosak selepas bersalin, menyembuhkan luka dalaman, dan sangat penting untuk pembentukan kolagen.
  • VITA-LEA (IRON FORMULA) : mengandungi mineral dan nutrient yang diperlukan oleh badan kita untuk mengembalikan tenaga, juga dianggap sebagai pengganti khasiat makanan yang tidak diperolehi kerana kebanyakan makan perlu dielakkan (sebab makan berpantang kan). Iron pula untuk menambah quantity darah dalam badan kita selepas bersalin.
  • ZINC COMPLEX :  membantu menyembuhkan luka terutamanya luka dalaman (rahim). Ia juga membantu mengurangkan "kedinginan" selepas bersalin.


Tempoh berpantang is the most important untuk kita kembalikan tenaga dalaman dan luaran, masa untuk kita ketatkan sendi-sendi dan urat-urat serta organ dalaman kita, masa untuk kita sesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang ibu. Sebab itu jugalah wujudnya cuti bersalin. 
Untungnya kita!

Dalam tempoh berpantang juga lah ramai antara kita yang emosi tak stabil, rasa murung... banyak sebab musababnya, sebab penat, tak cukup tidur, rasa susah hati susu kurang, rasa sedih suami tiada disisi, mengalami demam, badan rasa tak selesa....macam-macam lagi.

" ....dan saya atasi semua di atas dengan berfikiran positif, ambil supplement shaklee, doa, tawakal. Lalui nya dengan niat ingin tahu dan ingin belajar"




Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com

VITAMIN SHAKLEE UNTUK IBU MENYUSU

0
COM

To those yang menyusukan anak, mesti ada rasa penatkan, rasa tak bertenaga. Tidur tak cukup sebab malam time orang tidur, kita berjaga untuk susukan anak kesayangan. Jangan merungut ya...Itulah keistimewaan kita para ibu. Pahalanya... Allahuakbar! Satu pahala untuk setiap titik susu yang masuk dalam badan anak bertuah kita. Kalau yang menyusukan anak yang sedang menangis pula, pahalanya sama seperti menunaikan solat dan berpuasa selama setahun. Bertuahnya kita. Amiin, syukur alhamdulillah.

Jadi kalau penat dan rasa lesu tu sabar lah. Kita cuba berusaha untuk mengatasi kepenatan yang dialami. Sekarang ni tak dinafikan Set Penyusuan Shaklee 3M ni dah semakin laris di pasaran. Ramai ibu yang sedar akan kelebihan set penyusuan 100% semulajadi dari pihak Shaklee. Ramai juga kawan-kawan dan saudara saya yang mengamalkan set 3M ini dan hasilnya....alhamdulillah. Saya gembira kerana boleh membantu apa yang saya mampu.


SET PENYUSUAN 3M

Set ini adalah full pack , sebagai milk booster + supplement lengkap + kalsium + tambah tenaga. Ia merangkumi semua vitamin yang diperlukan oleh badan kita sepanjang tempoh penyusuan dan membantu seimbangkan sumber nutrient penting bagi menghasilkan susu yang berkhasiat untuk anak bertuah kita. Penting kan tu.

  • VITA-C : membantu meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Bagi ibu-ibu yang menghadapi puting luka, Insyaallah akan mudah sembuh dan vitamin C juga membuatkan kulit makin bersih, cerah dan berseri. Say no to kulit kusam!
  • VITA-LEA : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Bagi ibu menyusu, vita-lea telah dilengkapi dengan zat besi bagi membantu pembesaran anak lebih baik. Doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak.
  • B-COMPLEX : Anti-stress. Membantu mengatasi kelesuan, mengimbangi hormon, menukarkan makanan kepada tenaga dan asid folik penting dalam penyusuan ibu.
  • ALFALFA : Membantu memperbanyakkan susu ibu dan telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai penambah susu terutama di negara barat.  

Komponen utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Jadi pengambilan Energizing Soy Protein (ESP) membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu dan memekatkan susu ibu, kesannya bayi akan mudah kenyang dan kurang meragam. Selain itu, ESP membantu memberi rasa kenyang lebih lama dan mencantikkan kulit ibu.


Ini antara testimonial ibu menyusu yang mengamalkan set 3M : 

credit to dunia.susuibu.meriah.


Kita mampu berusaha .....end resultnya atas kuasa Yang Maha Esa.



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com




Susu Badan Tak Banyak?

0
COM

Sejak kebelakangan ni, ramai juga kawan dan saudara yang bersalin.. and ramai juga lah yang message dan email saya tanya cara banyakkan susu badan. Masing-masing sangat motivate nak fully breastfeed anak, alhamdulillah syukur! Satu yang menggembirakan, maknanya kawan-kawan dan saudara kita juga tau kelebihan susu ibu. Terbaik untuk anak kita!


Kebanyakan akan cakap macamni.....

" Susu aku tak banyak la babe. Baby kuat minum. Sekali pam dapat 1oz jer. Mana kenyang lepas tu menangis sebab susu tak cukup. macamana ni.......? Rasa down sangat. Bila dengar dia menangis kesian. Mungkin susu badan aku sikit kot. "


Jawapan saya mudah saja. DO NOT GIVE UP. Semua ibu ada pengalaman first time nak breastfeed anak. Betul tak? Semua ibu akan lalui. Tapi ada yang bertuah kerana susu badan sememangnya banyak, dan ada juga yang masih bertuah kerana masih boleh produce susu badan .....untuk anak kesayangan. Quantity banyak atau sikit bukan masalah sebenarnya. 
Dalam hadith pun ada cakap....
Semua ibu mengandung akan dan boleh produce susu untuk anak.
MINDSET :  DEMAND vs SUPPLY 

Demand : Pengeluaran susu - samada melalui direct feed / pam. ini kerja kita. harus berusaha.
Supply   : Penghasilan susu - ini kerja organ dalaman kita. so no worries.


Dengan kata lain... untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dari semalam, kita wajib keluarkan susu yang sedia ada. Untuk supply (penghasilan susu) yang tinggi, kita kena ada demand (pengeluaran susu) yang tinggi.
To be honest, saya takde apa-apa rahsia. Cara saya amalkan pumping schedule yang betul. Kita kena pam 2-3jam sekali, walaupun setiap kali pam kita dapat 1oz atau pam angin. Memang kecewa, rasa down tapi dengan rasa down tu kita tak boleh banyakkan susu. So stop rasa down dan teruskan next pumping session in next 2-3jam. InsyaAllah, kalau kita usaha lama-lama penuh freezer tu. Nak tak?
Dan of course positive thinking. Lepas pam dapat 1oz, JANGAN kata "sikitnya...rasa down. lepas ni nak pam lagi ke tak ya". Tapi bersyukur dan kata  "alhamdulillah, ada lagi rezeki untuk anak mama. nanti mama pam lagi ya sayang. lama-lama nanti banyak rezeki untuk anak mama membesar dengan sihat". Masa pam pula jangan pikir banyak ke sikit, tenangkan hati, selawat dan berzikir untuk rezeki yang lebih banyak. Ingat, jangan sesekali merungut dengan rezeki yang tuhan bagi.


Ini susu badan saya untuk anak pertama saya. Pengalaman pertama saya pada April 2011.
satu daripada empat drawers..alhamdulillah
Selain itu, kita kena amalkan pemakanan yang sihat dan bernutrient tinggi. Kena ingat apa kita makan atau minum, itu juga lah yang anak kita akan makan dan minum. Saya sendiri amalkan supplement SHAKLEE Penyusuan 3M. Bila kita menyusukan anak, kita akan cepat rasa dahaga. Asyik nak minum jer. Dan dalam masa sama haruslah asyik nak terkucil saja kan...kita taktau apa yang tinggal dalam badan kita selepas proses pembuangan. Jadi, dengan pengambilan set 3M ni insyaAllah nutrient dalam badan kita seimbang. Jujurnya walaupun dalam pantang (ketika itu) saya rasa badan saya lebih bertenaga, lebih cergas, lebih kuat. Bila keadaan fizikal kita baik, emosi kita juga akan stabil dan akan TERHASIL lah SUSU yang berquality. Kalau tak percaya boleh cuba.



Inilah SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE.
(Saya akan update special post untuk set ini ya)




Jadi kesimpulannya wahai ibu-ibu tercinta, rezeki tuhan bagi jangan kita sia-siakan. Kita usaha sepenuh hati, ikut schedule yang betul, amalkan supplement yang terbaik, zikir dan doa semoga semuanya dipermudahkan untuk kita membesarkan anak kita yang comel dan kiut miut sangat ni.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com