RESEPI AIR KURUS VIRAL. SENANG & CEPAT!

0
COM
Resepi ini sangat mudah dan cepat - boleh terus minum. Lagipun bahan-bahan yang diperlukan semua nya pasti ada di rumah.


OK, JOM kita tengok Resepi AIR KURUS VIRAL!


Bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan A
     1 Liter air
     2 batang serai, di ketuk
     7 biji cengkih
     1 batang kayu manis
     3 hiris halia

Bahan B
     hirisan lemon
     madu


Cara-caranya mudah saja :)
1. Rebus semua bahan A selama 20minit.
2. Tutup api dan ambil setengah gelas air rebusan.
3. Campurkan bersama setengah gelas air biasa.
4. Perah sehiris lemon 
5. Masukkan 1 sudu madu
6. Kacau
7. SIAP!


Mudahkan?

Sumber dari : http://www.mingguanwanita.my/air-kurus-viral-tak-sampai-5-minit-minum-angin-berzumba-keluar/


JOM BUAT!




Pstttt.... nanti share di ruangan komen ye result korang selepas 1 minggu amalkan ni...



Nak cuba amalkan SET DETOKS contact saya k


KULIT KEPALA SELALU GATAL DAN BERKELEMUMUR SAMPAI RASA TAK SELESA TERAMAT SANGAT

0
COM
Sekiranya kita mengalami kegatalan kulit kepala dan berkelemumur pula, memang tak selesa lah jawabnya. Untuk wanita yang memakai tudung lagi lah rasa rimas sangat kan. Bila buka tudung tu dapat garu kepala haaa memang garu sepuashati, puas hati.


Kalau boleh rasa nak cabut kepala ni sebab gatal sangat!

Sampai macamtu sekali... Hahaha..overnya... bersabar lah. Kulit kepala gatal dan berkelemumur ni sebenarnya berpunca daripada :


  • rambut yang tidak dicuci sempurna
  • memakai penutup kepala seperti tudung atau topi menyebabkan kulit kepala berkuap
  • penggunaan gel rambut yang terlampau
  • penggunaan syampu yang tidak sesuai dan memiliki bahan kimia berbahaya
  • kekurangan protein dalam diet seharian. Ini juga membawa kepada masalah keguguran rambut akibat akar yang lemah
  • tekanan hidup samada di tempat kerja, sekolah, universiti ataupun rumah
  • perubahan hormon
  • daya imunisasi yang rendah


KEMBALIKAN KESELESAAN KULIT KEPALA KITA

Shaklee ada menyediakan rawatan bagi mengatasi kelemumur dengan mengunakan syampu atau mengamalkan supplement.




Set ni memang antara yang fast restock dek kerana ramai yang repeat order. puashati la tuuuu.... alhamdulillah, suka saya bilamana dapat bantu rakan wanita yang memerlukan. Daku memahami sangat.





TAK SUKANYA RAMBUT GUGUR SETIAP KALI SHAMPU

0
COM

Wanita bertudung lebih ramai mengalami isu rambut gugur.

Ini perkara normal ye, dan memang selalu sangat berlaku.




CARA ATASI DAN MERAWAT RAMBUT GUGUR

Kalau nak ikut petua orang dulu-dulu cara merawat rambut gugur adalah dengan menggunakan kayu manis, madu dan minyak zaitun, kita perlu campurkan kesemua bahan itu dengan kepekatan yang agak likat lepas tuh lumur pada rambut sehingga ke akar. Biar 15-20 minit dan bilas. Ulang sebanyak 3kali seminggu untuk hasil yang lebih berkesan.

Sebenarnya rambut gugur ni sebab apa?

Bila tau punca lebih mudah untuk kita rawat. Lagipun kecantikan luaran itu bermula dari kecantikan dalaman kan. Jom baca apa punca rambut gugur.

1. Perubahan hormon
Perubahan atau ketidakseimbangan hormon berikutan proses mengandung, melahirkan anak, pemberhentian pil perancangan atau permulaan menapos.

2. Keturunan
"like parent like child" ..Sekiranya ibubapa kita ada isu rambut gugur, kita juga ada risiko tinggi utk alami rambut gugur.

3. Tekanan atau Penyakit
Sebab tu takboleh stress. Sekiranya mempunyai masalah kulit kepala tidak sihat ia juga menyumbang kepada masalah keguguran rambut.

4. Pemakanan yang tidak sihat
Makanan yang di ambil terlampau banyak terdedah dengan makanan yang tidak sihat dan tinggi MSG.

5. Kekurangan Zat protein
Kekurangan sumber protein semulajadi serta beberapa vitamin seperti A,B,C, E dan Zinc juga adalah punca keguguran rambut. Sebab tu protein merupanya benda paling penting untuk badan kita bekerja.






BETUL KE ALFALFA SESUAI UNTUK WANITA YANG ADA MASALAH KEPUTIHAN? BERKESAN TAK?

0
COM
BETUL KE ALFALFA SESUAI UNTUK WANITA YANG ADA MASALAH KEPUTIHAN? 
Sejauh mana kebenaran ini....


Okay, mula-mula sekali kita kena tau Alfalfa ni apa. 
Jangan main beli je ikut orang cakap tapi taktau apa. 
Bahaya tu. Sekarang ni ada macam-macam kes. 



Ok...Apa itu Alfalfa?
Alfalfa ni sejenis tumbuhan yang bertindak seperti pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya  sedalam 6 meter ke bawah tanah dan mampu menyerap pelbagai zat dan mineral dari mendapan tanah. Terbaik dari ladang ni! 

Inilah daun pohon Alfalfa

Alfalfa Shaklee ni apa?

Ini lah ALFALFA COMPLEX keluaran Shaklee.

Nampak tak kat botol tu "Nutrients & Chlorophyll" ---- sebab alfalfa shaklee ni masih mengekalkan zat tumbuhan alfalfa itu sendiri. 

Kebaikan tumbuhan alfalfa ini sendiri adalah untuk kesihatan dalaman wanita dan hormon...maksudnya kebaikannya ala2 jamu gitu tapi tak sama dengan jamu. 





Okay... sekarang ni sebenarnya kenapa kita alami keputihan pada alat sulit?
Salahsatu punca keputihan adalah keadaan hormon kita. Keputihan yang cair mahupun likat dan berketul, itu bergantung kepada proses ovulasi kita. Faktanya, keputihan akan keluar cair ketika tempoh ovulasi dan bertambah likat bila dah nak dekat sampai waktu haid.

Jadi....Alfalfa Shaklee membantu menstabilkan hormon kewanitaan kita. Khasiat tumbuhan alfalfa ini yang mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh badan kita sebenarnya membantu menyihatkan sel-sel badan dan ovum kita. Apabila dalaman kita sihat, tiub follapio dan uterus, hormon kita menjadi lebih stabil. Ovum kita pun lebih sihat dan aktif. Dan ini yang membantu mengurangkan keputihan yang biasa dialami oleh kaum wanita.

Ini antara testimonial consumer yang gembira dan puashati dengan pengambilan Alfalfa Shaklee untuk merawat masalah keputihan mereka. Alhamdulillah. 





Selain untuk keputihan... Alfalfa Shaklee juga mempunyai pelbagai khasiat untuk membantu mengatasi masalah kesihatan lain. InsyaAllah kita hanya berusaha selebihnya DIA yang uruskan


PENGALAMAN SAYA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN SECARA CEASERIAN - APA LAUK BERPANTANG SAYA?

0
COM

Macamana nak berpantang untuk mereka yang bersalin ceaser? 
Sakit tak ceaserian?
Mesti leceh nak berpantang,kena jaga luka lagi, jaga anak lagi

Jawapan untuk persoalan semua di atas : SAMA JE DENGAN NORMAL DELIVERY

Ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan atau ceaserian memang kena jaga luka jahitan (ceaserian) supaya sentiasa kering dan tidak bernanah kerana boleh menyebabkan jangkitan kuman. Selain itu jaga dari segi pemakanan, elakkan pemakanan yang menyebabkan gatal seperti telur, nanti tempat jahit tu gatal kan susah. Dari segi aktiviti harian, jangan angkat benda berat. Itu saja... 

tiada beza kan dengan mereka yang bersalin normal? Jadi jangan lah risau sangat dek non....

Menu berpantang saya : kalau nak resepi boleh email saya atau whatsapp saya k!



makanan berpantang saya mudah and simple. semua ibu dalam pantang boleh makan ni. samada bersalin normal atau ceaserian , pembedahan biasa utk semua orang pun sesuai makan mcmni, kerana tak gatal.

gambar tengah : kerabu pegaga. Pegaga elok untuk banyakkan susu
gambar kiri bawah : Grill salmon + steam cauliflower


Selepas mandi ...saya mandi macam biasa ...selepas mandi guna hairdryer untuk keringkan tempat jahitan. Sekiranya guna standfan boleh menyebabkan habuk kipas terbang dan mungkin boleh jangkitan kuman pada jahitan. Kalau merah dan bernanah cepat2 la pergi hospital ya, jangan takut.

Untuk luaran pula, selepas mandi saya suka lumurkan minyak herbal pada kaki sebelum pakai stokin. 

Untuk set berpantang, saya makan set berpantang Shaklee, iaitu : 
ESP + Alfalfa + B Complex + Ostematrix + Zinc + Vitamin C + Vitalea

Saya pilih shaklee of course sebab taknak chemicals. Yang ke-2 kerana tak suka perkara remeh temeh, set berpantang Shaklee ni saya hanya perlu telan je. Dan yang paling penting rasa sihat dan tak penat selepas makan Shaklee, kerana kandungan setiap vitamin itu melengkapkan khasiat yang badan saya perlukan. Kawan-kawan yang datang melawat semua kata tak nampak macam dalam pantang pun, sihat dan berseri. Alhamdulillah,amiin.

Jujur dari hati memang saya suggest sangat ibu berpantang amalkan set shaklee ini.


SETIAPKALI HAID MESTI KENA SENGGUGUT. APA CARA MUDAH DAN SELAMAT UNTUK ELAK DARI SENGGUGUT BERTERUSAN

0
COM
Perut tak selesa setiapkali haid, bagi kaum wanita ini semua sesuatu yang harus ditempuhi setiap bulan. Selesa tak selesa tugas seharian kena buat juga tau.... Tapi ini kira okay lagi. 

Yang lebih kesian kalau setiapkali haid kena senggugut. Kesian tengok sebab bila sakit tu sampai merengkok-rengkok badan tahan kesakitan, ada yang MC kerja sebab tak mampu nak berjalan. Saya pernah tengok kawan pakai tali pinggang kat perut, habis lubang tali pinggang tu dia guna, salahsatu cara dia nak tekan perut agaknya, nak bagi kurang rasa sakit tu. huhuuu.....

Sebenarnya untuk pengetahuan semua,
Senggugut ni sebenarnya disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus, itu yang membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. 



APA CARA MUDAH DAN SELAMAT UNTUK ELAK SENGGUGUT BERTERUSAN?


Senang jer, JANGAN MAKAN PANADOL/PARACETAMOL/PIL TAHAN SAKIT. Sebab apa? sebab ni semua sementara, bukan menghilangkan senggugut untuk selama2nya tapi untuk memberi kelegaan beberapa jam awak telan pil tu saja. Petang ni sakit, makan pil lagi. Next month sakit , makan pil lagi....Sudahnya, lama2 buah pinggang pun boleh rosak.


Atasi masalah senggugut dengan cara yang betul iaitu : 

  • Amalkan pemakanan yang cukup protein, karbohidrat, kalsium dan nutrient penting untuk tubuh!
  • Makan supplemen semulajadi yang boleh memberi and cukup kalsium,magnesium, terutaman untuk melindungi sistem saraf dan otot bagi mengelak daripada masalah cramp.
  • Beri badan anda kehidupan yang sihat dan bertenaga.






APA KESAN JANGKA PENDEK/JANGKA PANJANG JIKA SENGGUGUT NI DIBIARKAN DAN TIDAK DIATASI?

Senggugut boleh menjadi salah satu punca kepada CYST, susah untuk mendapatkan zuriat, sakit sendi dan otot yang akhirnya beri kesan kepada saraf tunjang serta boleh mengganggu peredaran darah berlaku dengan lancar.



Apa yang perlu.... dalam kita merawat sakit senggugut setiapkali haid ni, perlu ingat juga haid dan senggugut adalah sesuatu yang berkaitan hormon dan keadaan uterus kita. orang kata "nak pakai lama"..... jadi seharusnya kita merawat dengan cara yang selamat. Jangan sesekali merosakkan dalaman kita dengan membiarkan ia begitu sahaja. 





TOLONG SAYA... NAK SANGAT MENANG IPHONE6 PLUS

0
COM
Assalamualaikum buat yang membaca....


Saya nak mohon jasa baik saudara saudari sekalian untuk tolong saya menang handphone Iphone6 Plus secara percuma. Handphone idaman hati ni, mane la tau ada rezeki saya kan... Ini contest yang saya sertai, cara nak menang senang saja cuma saya perlukan pertolongan you all.


Caranya you all cuma klik pada video yang ada di bawah ini dan dengar sampai habis video.

#1klik bersamaan 1point untuk saya raih iphone6 Plus

# klik & dengar atleast 2video, kalau nak klik semua pun lagi bagus hihihi...

Tolong saya untuk menang ye...ada hadiah menarik untuk yang paling banyak "klik dan dengar"
Haruslah saya hargai pertolongan you all yang sudi bantu saya.

JOMSSSS MULAKAN!


Video 01 (klik video)
MACAMANA NAK BUAT HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM?





Video 02 (klik video)
AMALAN PANTANG SELEPAS BERSALIN ELAK MIMPI NGERI SAKIT SEMBELIT




Video 03 (klik video)
DILEMA SANG ISTERI SOKMO BUAT SUAMI BINGUNG



Video 04 (klik video)
SIAPA NAK HIDUP LEBIH HAPPENING TIADA MASALAH





Video 05 (klik video)
10TAHUN GASTRIK KRONIK, OVER SANGAT KAN



Video 06 (klik video)
BETUL KE ANAK KURUS KERING SELALU SAKIT?



Dah klik & dengar sampai habis video.........???

THANK YOU SO MUCH YOU ALL
PERTOLONGAN AWAK AMAT SAYA HARGAI 

Sekiranya ada antara awak dan awak yang berminat nak grab iphone6 Plus percuma ni..contact saya k. whatsapp 0122103244. saya share cara nak sertai. Mane tau kalau bukan rezeki saya, mungkin rezeki awak yang dapat iphone6 Plus. berbaloi sangat.. worth RM3,549.00!